ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.
Entri hari ini biasa-biasa ja. Tak da
yang menarik nak dikongsikan. Tetapi aku nak menaip jugak. Senaman jari
pagi-pagi ni. Hehehe.. Apa khabar semua yang membaca blog ni? Harap semua sihat
dan sejahtera selalu hendaknya. Hari ni hari ke 10 dalam tahun 2013. Dugaan awal-awal
tahun ni memang cukup banyak. Tapi kalau kita sabar dan berserah diri pada
Allah, ianya tidak mustahil untuk dihadapi.
Berbalik kepada mauduknya, aku pun
tak terasa sangat yang dugaan ini besar dan tak mampu aku hadapi. Cumanya kadang-kadang
diri sendiri ja yang melemahkan. Apa yang kita fikir, itulah yang akan kita
buat. Kadang-kadang kita tak terfikir pun, yang tu lah kita nak hadap sangat. Mana
satu yang betul, mana satu yang salah. Aku pun kadang-kadang rasa jugak benda
tu. Tapi tak pe, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan aku yakin dengan
segala yang Allah sedang uji ni sebab Dia menyayangi setiap hamba dan
makhluknya. Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak hadapi.
Apa yang aku nak cerita ni? Aku cuma
nak berkongsi dengan rakan semua, apakah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah? Terfikir
tak kita sebelum ni? Apa sebenarnya rahmat Allah ni? Apakah huraian nya? Adakah
rahmat ni macam hadiah? Atau rahmat ni macam pemberian ? atau ada maksud dan
makna tersirat lain yang mungkin kita terlepas pandang? Bila dilontarkan
persoalan ini, mesti semua orang termanggu dan tertanya-tanya kan?
Pengertian rahmat Allah ni cukup
luas. Jika nak diperhalusi. Makin dalam dan makin kompleks kerana ianya melibatkan
kefahaman kita mengenai apa itu rahmat Allah. Aku bukan orang bijak pandai
mengutarakan persoalan, tetapi aku terasa nak berkongsi dengan semua orang. Adakah
kita sekarang ni hidup di dunia dalam rahmat Allah? Bagaimana bentuknya rahmat
ini? Dengan cara apa kita akan dapat rahmat ini? Solat 5 waktu kah cukup untuk
dapat rahmat? Sedekah amail jariah cukup nak dapat rahmat? Apa dia rahmat ni? Apakah
Rahmat Allah ini??
Persoalan aku lontarkan, mari
sama-sama kita cari jawapan. Yang ada jawapan, komen lah bersama-sama di bawah
entri ini untuk kita sama-sama mengupas agar kita lebih cendrung hati kita
beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
Aku hanya khalifah kecil yang
memperjuangkan apa yang dinamakan wadah Islam.
Dari
Pena,
Zamani
8.35
am
10.01.2013
No comments:
Post a Comment