Wednesday 9 January 2013

Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim : DALAM KENANGAN




Menyorot kisah figura yang paling aku kagumi dalam industri nasyid tanah air. Seorang figura yang aku rasakan merupakan pejuang sejati dalam memperjuangkan irama nasyid. Susuk tubuh yang penuh bertenaga dalam mengembleng usaha memartabatkan seni nasyid di Malaysia


Ustaz Asri Ibrahim atau lebih dikenali Ustaz Asri Rabbani merupakan seorang tokoh pendakwah yang dikagumi. Lontaran vokalnya yang merdu dan meruntun kalbu dikenang hingga akhir hayat. Sinonim dengan berakar umbikan Rabbani, Allayarham Ustaz Asri merupakan idola anak muda yang dahagakan ilmu dan alunan irama yang memuji Allah s.w.t.




Allahyarham akan dikenang sehingga akhir hayat. Padamu Ustaz, terima kasih ku ucapkan kerana aku membesar dengan lagu-lagu dan irama dakwahmu.




AL- FATIHAH untuk Allahyarham Ustaz Asri Bin Haji Ibrahim.


Kumpulan : RABBANI
Lagu : PERGI TAK KEMBALI


Kumpulan : Rabbani
Lagu : Munajat (Live)


Kumpulan : RABBANI
Lagu : Kerlipan Cinta



Lontaran suara mu Ustaz akan dikenang hingga akhir hayat. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...


Pena Menulis,


Zamani

10.01.2013
11.10 am

No comments:

Post a Comment