Monday 7 January 2013

CERITA LAIN DI SEBALIK RUNTUHAN HIGHLAND TOWER

Tujuan artikel tentang Highland Tower ini adalah mengingatkan kita tentang malapetaka pertama yang paling teruk berlaku dalam sejarah Malaysia pada masa itu . Dan tragedi Highland Tower yang mengorbankan sebanyak 48 nyawa telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengapa ia boleh terjadi . Banyak pihak telah mengemukakan pendapat bahawa tanah di bawah bangunan Highland Tower tidak kukuh dan mendap . Saliran bawah tanah juga menjadi punca .
 

Antara mangsa yg terkorban adalah anak tunggal bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dan isterinya . Punca kematian adalah traumatic asphyxia akibat tertimbus di bawah bangunan yang runtuh . Sebilangan warga Korea juga turut terkorban dalam tragedi ini kerana kematian mengejut .

 

Tetapi disini kita tidak akan menyentuh fakta dan kronologi peristiwa ini . Kita semua tahu yang blok 1 di Highland Tower ini runtuh bukan runtuh macmm biasa . Maksudnya bangunan tu tidak runtuh ke bawah  . Malah dia runtuh ke hadapan . Pelik kan ? aku ada research beberapa website yg mengatakan bangunan tu runtuh ade sebab-sebab yg tertentu .dan sudah tentu sebab-sebab ni bukan datang dari sumber yang masuk akal .semua yg dibicarakan adalah buah mulut orang-orang yg duduk sekitar situ dan mangsa yg terselamat dalam tragedi tu .

 

Ada seorang wanita alim dari Indonesia yang bekerja sebagai org gaji. Majikan dia melayu kalau tidak salah. Tetapi dia tinggal dalam dlm Blok 1 . Mungkin dia duduk dlm Blok 2 atau Blok 3 .semasa beberapa saat Blok 1 jatuh menyembah bumi ,dia sempat keluar menjenguk dari tingkap masa bangunan tu runtuh . Dan dia terkejut dengan apa yang dia nampak . Dia betul2 yakin yangg dia nampak 2 orang yang kelihatan alim dan warak dengan lengkap memakai serban serta jubah putih menolak dan mengoncangkan kondominium  itu dari tingkat bawah . Ada cerita juga dia mendengar ayat-ayat suci Al-Quran berkumandang masa Blok 1 Itu runtuh .dan di dalam Islam ,it's nothing impossible untuk benda-benda ini terjadi .

 

Semasa proses menyelamatkn mangsa runtuhan dijalankan ,ada satu mayat perempuan ini kaku sujud ke arah kiblat sambil memeluk naskhah Al-Quran .

AL- FATIHAH BUAT MANGSA-MANGSA YANG BERAGAMA ISLAM

No comments:

Post a Comment