Wednesday 9 January 2013

DIA DAN DIRIKU



ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

            Entri hari ini biasa-biasa ja. Tak da yang menarik nak dikongsikan. Tetapi aku nak menaip jugak. Senaman jari pagi-pagi ni. Hehehe.. Apa khabar semua yang membaca blog ni? Harap semua sihat dan sejahtera selalu hendaknya. Hari ni hari ke 10 dalam tahun 2013. Dugaan awal-awal tahun ni memang cukup banyak. Tapi kalau kita sabar dan berserah diri pada Allah, ianya tidak mustahil untuk dihadapi.


            Berbalik kepada mauduknya, aku pun tak terasa sangat yang dugaan ini besar dan tak mampu aku hadapi. Cumanya kadang-kadang diri sendiri ja yang melemahkan. Apa yang kita fikir, itulah yang akan kita buat. Kadang-kadang kita tak terfikir pun, yang tu lah kita nak hadap sangat. Mana satu yang betul, mana satu yang salah. Aku pun kadang-kadang rasa jugak benda tu. Tapi tak pe, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan aku yakin dengan segala yang Allah sedang uji ni sebab Dia menyayangi setiap hamba dan makhluknya. Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak hadapi.

           
            Apa yang aku nak cerita ni? Aku cuma nak berkongsi dengan rakan semua, apakah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah? Terfikir tak kita sebelum ni? Apa sebenarnya rahmat Allah ni? Apakah huraian nya? Adakah rahmat ni macam hadiah? Atau rahmat ni macam pemberian ? atau ada maksud dan makna tersirat lain yang mungkin kita terlepas pandang? Bila dilontarkan persoalan ini, mesti semua orang termanggu dan tertanya-tanya kan?

            Pengertian rahmat Allah ni cukup luas. Jika nak diperhalusi. Makin dalam dan makin kompleks kerana ianya melibatkan kefahaman kita mengenai apa itu rahmat Allah. Aku bukan orang bijak pandai mengutarakan persoalan, tetapi aku terasa nak berkongsi dengan semua orang. Adakah kita sekarang ni hidup di dunia dalam rahmat Allah? Bagaimana bentuknya rahmat ini? Dengan cara apa kita akan dapat rahmat ini? Solat 5 waktu kah cukup untuk dapat rahmat? Sedekah amail jariah cukup nak dapat rahmat? Apa dia rahmat ni? Apakah Rahmat Allah ini??


            Persoalan aku lontarkan, mari sama-sama kita cari jawapan. Yang ada jawapan, komen lah bersama-sama di bawah entri ini untuk kita sama-sama mengupas agar kita lebih cendrung hati kita beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. 


Aku hanya khalifah kecil yang memperjuangkan apa yang dinamakan wadah Islam.









Dari Pena,

Zamani

8.35 am
10.01.2013

No comments:

Post a Comment