Tuesday 8 January 2013

SNBJ : DI SINI KASIHKU TERTUMPAH


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Entry kali ini, aku nak bawakan berkaitan dengan Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Alah, gelanggang "keramat" Harimau Malaya ( tangan di bahu mata ke atas ). Kenapa bawak entry ni? Entah la. Aku pun tak tau. Tapi aku nak share jugak. Hehehe.

Dulu kecik-kecik nak sangat datang SNBJ ni. Mana tak nya, duduk jauh di Utara nu kan. Ha.. so tengok di TV je. Orang lain mungkin la anggap aku gila ke ape ke dalam banyak-banyak tempat dalam Malaysia ni, stadium yang aku nak pergi. Hahaha... Macam-macam la.

Akhirnya masa final KEDAH dulu, aku masuk jugak stadium ni. Mula-mula mencangak jugak la. Lama-lama ok la. Masa tu kan KEDAH tengah top. Ranking atas Liga Super dan semua piala-piala yang dipertandingkan lah. Aku bukan tengok sangat bola. Aku perhati stadium tu. haha...

Lepas dari tu, banyak kali aku datang SNBJ ni. Last masa Piala AFF Suzuki 2012 baru-baru ni. Kali ni tak datang sorang-sorang. Heheh.. Ye la, dah ada orang teman sebelah. Alhamdulillah, dapat pasangan pun kaki bola jugak. Aku bawak sama adik dengan kakak ipar aku. Sama-sama minat bola. Dah jumpa orang yang seminat ni memang best. Tapi habis game balik kecewa la sebab draw. Kitaorang dah bajet menang, tup-tup draw. hah! Balik la..

Dan lepas ni, aku akan makin kerap mengunjungi SNBJ. Terima kasih SNBJ, yang mengukuhkan hubungan antara aku dan dia...... Segala kenangan akan terpahat di ingatan dan sanubari hingga akhir hayat.

 

Berikut ialah STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL KUALA LUMPUR

  Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton.


Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.

Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.

100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.

Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.

Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.
 


  Dari Pena

Zamani

9.00 am
9.01.2013
 


 

No comments:

Post a Comment