Thursday 17 January 2013

REBAT RM 200 : UNTUK BELIA TELAH DIBUKA!!


Assalamualaikum w.b.t..


Mesti ramai belia yang tertunggu-tunggu dengan janji Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato Seri Najib Bin Tun Haji Abd Razak dalam pengumuman bajet 2013 di mana memberi rebat untuk memiliki telefon bimbit pintar dilengkapai 3G.


Hahaha. Ini peluang baik untuk semua golongan belia yang masih belum mampu memiliki telefon pintar. Aku?? Aku awal-awal lagi dah daftar. Aku pilih CELCOM sebagai wadah aku menggunakan rebat RM 200 ini. Di CELCOM menawarkan Samsung Galaxy Y sebagai rebat dengan harga RM 399. Setelah ditolak rebat, maka tinggal aku hanya perlu bayar RM 199 je lagi. Insya Allah. Aku akan miliki hp Samsung Galaxy Y ni dengan titik peluh dan duit yang keluar dari poket aku sendiri. Susah kalau kita ini terlalu menyusahkan orang, even orang yang kita sayang pun akan jauh dengan kita walaupun hakikat di mulut sayang, tetapi Allah yang Maha Mengetahui.


Untuk memudahkan anda, aku siapkan di sini link yang u all perlu klik dan ikut sahaja arahan untuk dapatkan rebat RM 200 tu. Selamat mencuba dan mendapat rebat anda. 


Hak Kita, Duit Rakyat...







Zamani

No comments:

Post a Comment