Monday 7 January 2013

HIGHLAND TOWER : SUATU TRAGEDI

TAHUN 2013 : Genaplah angka keramat 20 tahun kejadian Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa. Suatu tragedi menyayat hati yang menyentap naluri, menyentuh snaubari dan meluluhkan hati seluruh rakyat Malaysia. Merupakan suatu kawsan kejiranan yang elit, Highland Tower menjadi pilihan kebanyakan warga asing untuk tinggal di situ. Walaupun Highland Tower diklasifikasikan sebagai apartment, namun kedudukannya yang strategik menjadikan ianya menarik dan selesa untuk didiami.

Mungkin ramai yang tidak ambil tahu dan peduli mengenai Highland Tower ini. Namun hati kecil aku terdetik untuk terus mengkaji sejarah dan ingin aku berada di sana jika diberikan peluang untuk menjelajah dan meneroka apa itu Highland Tower. Setiap hari, lepas pulang dari kerja, saban hari aku melihat dari MRR 2 atau di Jalan Datuk Keramat menghala ke Ukay Perdana, tersergam 2 buah blok usang Highland Tower. Hati kecilku memberontak dan ingin ke sana. Namun ditahan oleh orang kesayanganku. Apakan daya, nasihatnya perlu aku ikuti. Diriku bukan sihat sangat nak kesana. Nanti lain jadinya. Apa pun terima kasih sayang kerana mengambil berat perihal diriku.

Apakah rahsia di sebalik Highland Tower ini ? Apakah yang dapat aku singkapkan ? Sejak aku temui tampalan daripada Abg Mazidul di blognya berkaitan entiti yang wujud di Highland Tower, hatiku bergelodak ingin ke sana. Apa yang dipaparkan oleh Abg Mazidul amat menarik minat diriku untuk menjelajah setiap inci ruang yang ada di Highland Tower. Wah! Aku mohon berkongsi link blog Abg Mazidul untuk anda semua tatap penemuan yang ada di Highland Tower.

Di sini aku berikan link untuk anda sama - sama meneroka...Rahsia di sebalik runtuhan Highland Tower 20 tahun lalu.......

 http://www.mazidulakmal.com/2011/07/gambar-entiti-paranormal-dirakamkan-di.html

Dan link ini lebih terperinci paparan di Highland Tower.

http://penyingkapfakta666.blogspot.com/2012/12/cahaya-aneh-di-highland-towers.html


Dari Pena,

Zamani

9.15 am

8.01.2013

No comments:

Post a Comment